Selasa, 17 Disember 2013
Hari Graduasi GIATMARA Perak
Aktiviti Gotong-Royong di Pertubuhan Badan Kebajikan Darussalam
Aktiviti gotong royong ini diadakan untuk mengeratkan silaturrahim antara pelatih-pelatih dan anak-anak yatim di Darussalam. Terdapat pelbagai aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau,membersihkan kawasan disekitar rumah anak-anak yatim di Darussalam . Kami juga sempat bertandang ke kediaman mereka yang serba indah dan bersih.
Pertandingan Inovasi GIATMARA Perak
Pertandingan inovasi GIATMARA telahpun diadakan , terdapat pelbagai jenis produk yang telah diubahsuai menjadi sesuatu yang lebih menarik . Bagi GIATMARA Ipoh Barat , kami mempamerkan produk EZRack dan ReCandle. Perkara yang paling membanggakan adalah apabila salah satu daripada produk GIATMARA Ipoh Barat mendapat tempat pertama iaitu produk EZRack dalam kategori 'Building And Construction, Furniture' lantas memberi peluang kepada kami untung bertanding bersama dengan seluruh GIATMARA Malaysia di Kedah .
Majlis Berbuka di GIATMARA Ipoh Barat
Minggu Orientasi GIATMARA Ipoh Barat
Assalamualaikum , harini Alya nak cerita sikit waktu first day Alya masuk GIATMARA Ipoh Barat pada 1 Julai 2013 . Mula-mula masuk tak buat ramai kawan sangat , kenal kawan sekolah je yang sama-sama masuk GIATMARA dengan Alya . Hari pertama tu taktahu nak sembang apa-apa pun dengan orang yang Alya tak kenal . Keesokkan harinya baru lah Alya mula tegur pelatih-pelatih lain , tanya nama umur semua . Lepas selesai minggu orientasi , kitaorang pun mula berkawan dengan lebih rapat lagi . Pergi makan sama-sama .
Isnin, 16 Disember 2013
Sejarah Penubuhan GIATMARA
Dalam tahun 1980'an, pihak MARA telah memohon untuk menubuhkan beberapa Mini Institut Kemahiran MARA tetapi ketika itu projek tersebut tidak dapat dipertimbangkan oleh kerajaan.
Memandangkan keperluan tenaga mahir oleh pihak swasta kian bertambah mendesak, maka Majlis MARA meluluskan satu program latihan yang dinamakan Pusat GIATMARA sebagai permulaan di Jitra, Kedah pada tahun 1986.
Oleh kerana sambutan penduduk tempatan amat menggalakkan, Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke 5 telah meluluskan sebanyak 15 Pusat GIATMARA dan dalam Rancangan Malaysia Ke 6 sebanyak 21 Pusat GIATMARA menjadikan sebanyak 36 Pusat GIATMARA.
Tahun demi tahun, keperluan tenaga mahir kini meningkat memandangkan ekonomi negara yang baik. Menyedari hakikat ini, pihak Majlis MARA meluluskan 128 Pusat GIATMARA yang beroperasi sehingga Januari 1999.
Pihak MARA ada berbagai program latihan kemahiran dalam berbagai tahap. Bagi tahap asas dikendalikan oleh Pusat GIATMARA.
Tahap pertengahan dijalankan oleh Institiut Kemahiran MARA (IKM). Manakala seterusnya peringkat tertinggi dikendalikan oleh German Malaysian Institute(GMI) dan lain-lain.
Falsafah GIATMARA dalam Rancangan Malaysia Ke 6 adalah untuk memberi latihan teknikal peringkat asas kepada penduduk tempatan mengikut keperluan semasa.
Sepanjang Rancangan Malaysia Ke 6, konsep penubuhan Pusat GIATMARA adalah dengan cara mendapatkan tapak dan bangunan secara percuma/sewa dengan menggunakan bangunan Kerajaan atau lain-lain agensi.
Dalam Rancangan Malaysia ke 7, pihak GIATMARA mencadangkan supaya konsep dalam status tapak/bangunan diubah kepada yang lebih kekal. Ini adalah kerana kebanyakan tapak/bangunan yang digunakan sepanjang Rancangan Malaysia Ke 6 adalah sementara dan berkemungkinan diambil alih oleh tuan punya tapak/bangunan.
Sehingga kini terdapat 133 Pusat GIATMARA sedang beroperasi di seluruh negara. Manakala jumlah Pusat GIATMARA yang diluluskan ialah 140.

Langgan:
Catatan (Atom)